Thursday, November 11, 2010

SOLAT BERJEMAAH

Ada seorang hamba Allah menulis : "Subuh tadi setelah selesai solat berjemaah, saya terfikir sejenak akan aktiviti solat yang dilakukan para jemaah. Ketika solat, semua makmum akan mengikuti iman dengan baik, saf perlu lurus dan tersusun, makmum tidak boleh mendahului imam ketika solat, pergerakan solat makmum berlaku secara teratur mengikut 'arahan' (laungan takbir) daripada imam, makmum tidak boleh ketinggalan melebihi dua rukun solat (atau mereka akan dikira sebagai tidak lagi mengikut imam) dan beberapa lagi peraturan yang telah ditetapkan di dalam solat yang saya renungkan.

Timbul suatu persoalan di kotak minda saya, apa hikmah yang tersembunyi disebalik semua peraturan ini? Kenapa ditetapkan sedemikian? Apa hikmah disebalik aturan tersebut? Apa yang pasti, setiap sesuatu yang ditetapkan Allah SWT pasti ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Dan memang benar, ada pengajaran yang tersebunyi disebaliknya.
Solat berjemaah secara tidak langsung sebenarnya mengajar kita cara untuk berorganisasi. Seringkali kita dengar bahawa organisasi yang baik perlu kepada seorang pemimpin yang berkaliber, bijak dan berpandangan jauh. Namun demikian, kita juga perlu sedar bahawa pemimpin yang baik tanpa pengikut yang baik juga akan menyebabkan berlaku pelbagai kesukaran di dalam berorganisasi.

                                                                 sekadar gambar hiasan

Pernahkah anda mendengar akan kisah tentera Thalut? Kisah ini terjadi sesudah zaman Nabi Musa di mana masyarakat Bani Israel telah meminta kepada nabi mereka iaitu Nabi Samuel untuk mengangkat seorang raja bagi memerangi Jalut dan pengikutnya yang telah mengusir mereka dari kampung halaman mereka. Jalut adalah seorang panglima perang yang besar, gagah dan sangat ditakuti. Allah SWT telah memilih Thalut untuk memimpin Bani Israel bagi menentang Jalut. Di pendekkan cerita, di dalam perjalanan menuju ke medan perang, tentera Thalut telah melalui sebatang sungai. Thalut telah menasihatkan agar anggota tenteranya tidak minum dari sungai tersebut melainkan hanya satu cedok air sahaja. Namun demikian, terdapat sebilangan pengikutnya yang tidak mengendahkan arahan tersebut yang minum air sepuas-puasnya. Akibatnya, mereka hilang semangat untuk berperang (akibat kekenyangan).

Thalut meneruskan perjalanannya menuju ke medan perang meninggalkan pengikut-pengikutnya yang melanggar perintah. Walaupun jumlah yang pergi berperang adalah sedikit berbanding sebelumnya, namun mereka yang pergi berperang tersebut terdiri daripada pengikut-pengikut yang taat pada perintah. Salah seorang yang berada di dalam tentera Thalut ketika itu adalah Nabi Daud AS yang ketika itu masih remaja. Dan dengan izin Allah SWT, tentera Thalut berjaya menewaskan tentera Jalut dan Nabi Daud AS sendiri telah membunuh Jalut.
Kisah tadi menceritakan akan betapa sesuatu organisasi yang walaupun kecil dari segi saiz, namun kualiti mereka yang berada di dalam organisasi tersebut dan dengan izin Allah, menyebabkan mereka berjaya mencapai matlamat mereka.
                                                                  sekadar gambar hiasan


Solat berjemaah sebenarnya mendidik kita agar menjadi pengikut yang baik. Terdapat beberapa pengajaran daripada solat berjemaah yang telah saya kenalpasti.

1. Imam perlu mengetahui bacaan surah-surah penting dan beberapa perkara asas sebelum boleh menjadi imam.
Pengajaran: Pemimpin perlu mempunyai ilmu asas dalam kepimpinan sebelum layak menjadi pemimpin.

2. Makmum tidak boleh mendahului imam dan harus mengikut imam tanpa tertinggal sehingga 2 rukun solat.
Pengajaran: Pengikut harus sentiasa bersama-sama dengan pemimpin di dalam melaksanakan sesuatu agenda (tidak boleh mendahului atau ketinggalan).

3. Makmum boleh menegur imam bagi perkara-perkara yang melibatkan rukun dan makmum boleh mufarakah (meniggalkan imam) jika solat imam terbatal. Namun demikian, jika imam tertinggal perkara sunat, makmum perlu ikut imam dan tidak perlu tegur akan hal tersebut.

Pengajaran: Pemimpin boleh ditegur jika melakukan kesalahan dan pengikut boleh meninggalkan pemimpin jika pemimpin melakukan kesalahan yang berat. Namun demikian, adalah lumrah jika pemimpin melakukan kesilapan kecil (pemimpin juga manusia) atau tersilap di dalam membuat keputusan (dalam hal-hal yang tidak kritikal/rukun) dan pengikut perlu mengikut dan memberi sokongan pemimpin.


Contoh: Pemimpin ada lancarkan suatu program namun program tersebut kurang berjaya. Pengikut yang baik sepatutnya tidak mengutuk secara terbuka akan kegagalan program tersebut kerana ini akan menjejaskan semangat berpasukan organisasi tersebut selain berpotensi untuk mewujudkan keretakan di dalam organisasi.

Mungkin terdapat banyak lagi pengajaran dan hikmah yang tersembunyi di dalam ibadat solat. Maha Suci Allah yang telah menjadikan segala sesuatu tanpa sia-sia. Solat yang Allah wajibkan keatas kita sebenarnya mempunyai pelbagai manfaat yang menguntung mereka yang mengamalkannya.

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

SIFAT ORANG YANG BERJAYA


Cuba renungi... setiap kejayaan yang diperolehi dimulakan dengan satu pelbagai usaha yang dilakukan. Yang pasti, ianya bermula dengan satu titik permulaan iaitu LANGKAH PERTAMA. Kita semua tahu, dan ada yang berpegang pada pepatah "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan" namun berapa ramai yang mempraktikkannya?

Ingatlah bahawa Allah sentiasa akan membantu hambaNya yang berusaha dan BERTAWAKAL sebagai langkah seterusnya. Jangan mudah berputus asa sekiranya langkah pertama masih tidak meraih keputusan. Jangan hanya sekadar berpegang pada paksi angan - angan dan impian tetapi tidak memulakan sebarang langkah. Dan jangan sekadar hangat - hangat tahi ayam. Bak kata pepatah, alang - alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Di mana ia bermaksud, sekali kita memulakan langkah pertama, jangan sekali - kali berundur atau hentikannya. Permulaan yang baik dengan niat yang baik akan membuahkan hasil yang baik. Insya Allah...

NERAKA TIDAK SENTIASA PANAS...

"Roh manusia akan mengembara merentasi destinasi keenam iaitu neraka.
Mereka yang menjadi ahli neraka ini akan hidup di alam terakhir ini untuk
selama-lamanya. Sekiranya roh seseorang itu dapat masuk syurga maka ia
adalah tempat pengembaraan paling baik dan nikmat bagi mereka.

Sebaliknya mereka menjadi ahli neraka, maka itu adalah tempat yang
paling buruk.Bagi iblis dan orang-orang kafir, mereka tetap berada di
alam nereka. Namun demikian, bagi orang-orang Islam yang berdosa tetapi
tidak musyrik, mereka akan menempuh satu alam lagi iaitu alam syurga
selapas diseksa dineraka.
 


                    Bentuk neraka dan isinya.

Perkataan neraka berasal dari kata Ibrani yang mempunyai maksud unggun
api. Sebenarnya neraka itu adalah azab iaitu tempat seksaan bagi mereka
yang ingkar seperti iblis, syaitan, juga mereka yang menjadi musuh
Allah seperti Fir'aun, Abu Jahal dan mereka yang berdosa. Inilah neraka
yang disebut dalam Al-Quran sebagai Nar ataupun Darul Jahaanam.
" Maka takutlah kamu kepada neraka yang bahan bakarnya itu adalah
manusia dan batu-batu. Neraka itu disediakan untuk mereka yang kafir".

Di dalam neraka inilah orang-orang kafir akan diazab dan diseksa.
Neraka juga adalah hukuman Allah seperti pembalasan daripada amalan-amalan
jahat mereka ketika hidup di dunia. Ia adalah tempat untuk membakar
orang-orang yang berdosa dari golongan jin dan manusia. Apinya sangat
panas dan menyala-nyala. Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah At
Tahrim ayat 6 yang bermaksud:   


" Wahai orang-orang yang beriman. Jagalah dirimu, keluargamu daripada
api neraka. Bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan batu-batu. Sedangkan
penjaganya itu adalah para malaikat yang gagah lagi bengis. mereka tu
tidak menderhakai Alah, mereka itu melakukan apa saja yang diperintahkan
kepadanya".
    
Neraka merupakan api yang sangat panas, berjuta kali ganda panasnya
berbanding denagn api didunia ini. Sekiranya api neraka jatuh ke atas
dunia ini sekalipun sebesar zarah maka hancurlah dunia ini.
Baginda Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
" Dinyalakan neraka itu seribu tahun bewarna merah, seribu tahun
bewarna putih dan kadang-kadang bewarna hitam putih. Seribu tahun bewarna
hitam". (Hadis riwayat Tirmidzi)

Salman Al Farisi berkata: " Apabila neraka itu bewarna hitam, maka
hitamnya itu lebih hitam daripada malam yang gelap gelita. Tiap-tiap
warna api neraka itu sama sahaja panasnya".

    Hadis riwayat Muslim dari Ibnu Mas'ud ra berkata, Rasulullah saw
bersabda yang bermaksud:
" Panas api yang kamu nyalakan di dunia ini (termasuk matahari) hanya
sepertujuh puluh daripada panasnya api neraka di akhirat. Andai kata
sedikit sahaja jatuh di dunia, nescaya mendidih air di laut kerana bahang
kepanasannya".

    Api neraka pun kadang-kadang menjadi dingin apabila tiba musim
dingin. Dinginnya neraka lebih dngin daripada sesuatu yang paling dingin di
dunia ini sehingga berguguran daging-daging dari tubuh manusia.

Rasulullah saw pernah bersabda: Neraka itu pernah mengadu kepada
Tuhan-Nya dengan berkata yang bermaksud " Hai, Tuhanku. Aku telah memakan
satu-persatu dan Allah telah mengizinkan aku mempunyai dua nafas, satu
pada musim dingin dan satu lagi nafas pada musim panas. Kalau panas,
maka panasnya adalah jauh lebih panas berbanding di dunia. Jika ia
dingin, maka dinginnya itu adalah jauh lebih dingin daripada ' zamharir' ".

Dalam hadis yang diriwayatkan Tirmidzi, namun ada yang mengatakan
hadis ini daif. Sesungguhnya Rasulullah saw pernah bersabda:
" Adapun neraka itu gelap gelita, tidak ada lampu untuk meneranginya
kecuali api yang menyala-nyala. Neraka itu mempunyai tujuh pintu dan
tiap-tiap pintu itu mempunyai tujuh puluh ribu bukit. Tiap-tiap bukit itu
mempunyai tujuh puluh ribu cabangnya".

Dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa ia terdiri daripada tujuh
pintu. Ini bererti tujuh tingkat. Oleh kerana tiap-tiap tingkat itu
mempunyai satu pintu, maka setiap tingkat mempunyai satu pintu menurut dalam
Al-Quran dan hadis iaitu: Neraka jahannam, Luzza, Hathamah, Sair, Sayu,
Jahim dan Hawiyah.

Wednesday, November 10, 2010

Posting pertama

Assalamualaikum...
Ni adalah 1st time ana menulis blog berbentuk dakwah. Tujuan ana hanyalah untuk berdakwah disamping mengajak anda semua kembali ke jalan yang diredhai Allah S.W.T. Seandainya ada kesilapan dalam posting, anta semua dialu alukan untuk memperbetulkannya.